Tuesday 23 August 2011

Wordless Wednesday

Wink wink~ Lama tak update hapdate blog.. Haha..
Aku memang malas nak hapdate blog sejak akhir-akhir nie..
Almaklum lah, dah nak raya nie..

Aku dah banyak gak buat kuih raya sendiri..
Mak aku la nak buat sendiri..
Dia takot nak beli kat luar, takot tak halal..
Haha.. Apa pe ajer laa.

Sepanjang tak hapdate blog, macam-macam terjadi kat aku..
Tapi takde la nak citer kat sini.. Ekeke..



Thursday 18 August 2011

Lihatlah.. Mentaliti Rakyat Malaysia~


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

Hahah.. memanglah kelakar.. Tapi ?? Aaaa.. Pikir lah sendiri..
Ayat yang best nie aku jumpe kat group UPM.. 
Sangat menarik.. 
So, aku pon post la kat group Alumni KMPk.. 
Ramai la yang tertarik..
Siap ade cakap aku buat lagi.. HAHA !
Tapi aku dah bagitaw la kat dorang tu bukan aku punye nukilan.. 
Takot penulis karya tu marah aku pulak..

Aku pon malas nak komen lebih-lebih..
Cuma satu laa, bende kecik jer.. Tapi pihak media yang bikin panas.. 
Bende citer die biase-biase jer..
Yang aku tak tahan nyer, bila kata nie propaganda pihak pembangkang..
And harakah pulak kuar statement, "Kami tiada beca"
Kelakar betul..

OH, Malaysia... Tanah tumpah darahku~



Monday 15 August 2011

Amazing ! Surat Seorang Remaja Kpd Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib



*Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib

Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.

p/s – p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!
credit ; blog-aa

Tuesday 9 August 2011

Budak hilang~ Seri Najwa Ferda Dipercayai Diculik!

Mangsa~


Ipoh – Seorang ibu tunggal merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas didapati hilang sejak 4 Ogos lalu. 

Seri Wangi Mokhtar, 42, berharap anaknya, Seri Najwa Ferda Hasan, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat sebelum Aidilfitri ini. 

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak keduanya seorang yang sangat baik serta rapat dengan adik beradiknya yang lain. 

Beliau yang tinggal di Rancangan Perumahan Tambahan (RPT) Tualang Sekah memberitahu anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi Khamis lalu. 

“Selepas kami bersahur dia (Seri Najwa Ferda) bersiap-siap untuk ke sekolah dan pada hari itu dia memakai baju T berwarna biru dan seluar sukan. 

“Selain itu, komputer riba, jalur lebar mudah alih (broadband) dan telefon bimbitnya turut dibawa bersama. 

“Namun sehingga jam 5 petang (hari yang sama) saya mula rasa tidak sedap hati kerana anak saya masih tidak pulang ke rumah. 

“Lagipun beberapa hari sebelum kehilangannya dia memang tidak ke sekolah kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Kerana terlalu bimbang, Seri Wangi cuba menghubungi telefon bimbit anaknya berkali-kali namun tidak berjawab. 

“Kemudian saya menelefon rakan-rakan sekolahnya dan mendapati dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. 

“Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan dan menunggunya pulang tetapi selepas berbuka puasa saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampar,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Seri Wangi berkata, ada saksi yang pernah melihat anaknya menaiki sebuah skuter berwarna merah pada pagi kejadian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superin-tendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes remaja perempuan hilang pada Khamis lalu. 

Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan dari semasa ke semasa bagi menjejaki remaja perempuan berkenaan. 

“Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222,” katanya ketika dihubungi semalam.

Atau boleh juga hubungi bapa saudara mangsa..




Makin ramai orang like.. 

Berharap keluarga Najwa dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan Allah ini.. Semoga di bulan yang mulia ini, pencarian adik Najwa akan menjadi lebih mudah.. Amin..










Monday 8 August 2011

Kelebihan Solat Tarawih~

Pada bulan Ramadhan yang mulia nie, mesti semua orang kerjakan solat tarawih kan..? Tak kira la kat masjid ke, surau ke, rumah ke, masing-masing memburu ganjaran yang tak terhingga.. Apa ganjaran-ganjaran tersebut? Jom baca! 

erkk~ sy tak taw la.. tolong ajar.. ^__^

Dari Ali bin Abi Thalib ra bahwa dia berkata: Rasulullah S.A.W ditanya tentang keutamaan-keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian baginda bersabda:

1. Orang mukmin keluar dari dosanya pada malam pertama, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya.


2. Dan pada malam kedua, ia diampuni, dan juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.


3. Dan pada malam ketiga, seorang malaikat berseru dibawah ‘Arsy: “Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lewat.”


4. Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran).


5. Pada malam kelima, Allah Ta’ala memberikan pahala seperti pahala orang yang solat di Masjidil Haram, masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Pada malam keenam, Allah Ta’ala memberikan pahala orang yang bertawaf di Baitul Makmur dan dimohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas.


7. Pada malam ketujuh, seolah-olah ia mencapai darjat Nabi Musa a.s. dan kemenangannya atas Fir’aun dan Haman.


8. Pada malam kelapan, Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim as.


9. Pada malam kesembilan, seolah-olah ia beribadat kepada Allah Ta’ala sebagaimana ibadatnya Nabi saw.


10. Pada Malam kesepuluh, Allah Ta’ala mengurniakan dia kebaikan dunia dan akhirat.


11. Pada malam kesebelas, ia keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.


12. Pada malam kedua belas, ia datang pada hari kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.


13. Pada malam ketiga belas, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala keburukan.


14. Pada malam keempat belas, para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa ia telah melakukan solat tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari kiamat.


15. Pada malam kelima belas, ia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung (pemikul) Arsy dan Kursi.


16. Pada malam keenam belas, Allah menerapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga.


17. Pada malam ketujuh belas, ia diberi pahala seperti pahala para nabi.


18. Pada malam kelapan belas, seorang malaikat berseru, “Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”


19. Pada malam kesembilan belas, Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.


20. Pada malam kedua puluh, Allah memberi pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan shalihin (orang-orang yang saleh).


21. Pada malam kedua puluh satu, Allah membangun untuknya sebuah gedung dari cahaya.


22. Pada malam kedua puluh dua, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.


23. Pada malam kedua puluh tiga, Allah membangun untuknya sebuah kota di dalam syurga.


24. Pada malam kedua puluh empat, ia memperoleh dua puluh empat doa yang dikabulkan.


25. Pada malam kedua puluh lima , Allah Ta’ala menghapuskan darinya azab kubur.


26. Pada malam kedua puluh enam, Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.


27. Pada malam kedua puluh tujuh, ia dapat melewati shirath pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.


28. Pada malam kedua puluh lapan, Allah mengangkat baginya seribu derajat dalam surga.


29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah memberinya pahala seribu haji yang diterima.


30. Dan pada malam ketiga puluh, Allah ber firman : “Hai hamba-Ku, makanlah buah-buahan syurga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku.”

Akhirnya, semoga amal ibadah kita diterima dan kita mendapatkan pangkat dan darjat dari Allah sebagai seorang yang bertakwa.. Aminn.. :)

Sedihhhh~~

Isk.. Isk.. Isk.. Sedih nyer harini.. Dari pagi sampai malam asyik kena bebel jer dengan mak.. Tension giler rase nyer.. Pagi-pagi lagi aku kena setel kan pasal biasiswa JPA tu.. Takpe la, sikit jer.. Cume nak pos jer.. Pastu, pasal pinjaman Perak.. Mak aku suh apply.. Mintak jer la.. Tapi leceh giler laa. Macam-macam die nak.. Heii, aku pulak jenis kelam kabut.. Kalo dah laju-laju tu, mule la itu silap, ini silap.. Itu tak potostat, ini tak potostat.. Jenuh aku ulang alik ke tingkat atas nak potostat maklumat-maklumat tu semue sebab printer kat tingkat atas.. Penat betol.. Sambil tu kena marah ngan mak.. Wuwuwu.. Sedih nyer.. 



Wuwuwuwu~
Tengahari pulak setel lan PTPTN.. Aku punye la edit kaw-kaw punye, pasti kan takde kesilapan.. Skali aku print, citt!!!!!!!!!!!! Tahun SPM aku salah!!!!! SPM 2011.. Sepatot nye SPM 2009~~ Arhhh, rase nak terjun bangunan guna payung terjun jer.. Dah la bile borang tu dah submit, cannot edit2 maa.. Kalo salah, kena beli nombor pin baru.. Aiyooo~ macam mane boleh tak prasan nie?? Mase nak isi mula-mula dulu, nak bubuh result SPM, tengok-tengok result dah ade.. So, tahun SPM tu aku bajet betol la 2009.. Sebelum ni pon ade jugak edit-edit kat SPM tu, tak prasan pulak pasal tahun tu..

Malam pulak aku tengok kat group UPM duk bincang pasal PTPTN.. Aku pon sebok la join pasal tahun yang bunguk nie.. Rupe nyer bukan aku sorang jer yang salah, agak ramai la yang salah pasal tahun tu.. Ade sorang budak laki ni pon salah.. Same macam aku.. Die kate nak call orang PTPTN tu petang besok.. Harap-harap, tak kena beli nombor pin lain la.. Malas nyer~~

Aku dalam hati ni kecut giler nak bagitau kat mak.. Terbang duet RM5 takpe, tapi aku tak rela kena marah ngan mak.. Wuwuwuw.. 

" Mak.. Yang PTPTN tu, orang salah isi.. Patot SPM 2009, tapi bile print, jadi 2011.. " (muke takot)

" Haa??! Eii, kamu ni padilah, patot kena tempeleng jer.. Kan dah kata, isi borang tu tengok elok-elok.. Bukan main isi jer.. Bla.. Bla.. Blaa.... "

Camtu la mak aku cakap.. Sedih giler.. Aku terime jer laa.. Pastu, aku pegi mandi.. Hoho.. Tak mandi malam ag mase tu.. Aku nangis dalam bilik air.. Sedih giler ngan sikap aku yang careless nie.. Padilah.. Padilah..
T____T

Uwaaaa~~!

Mak aku suh beli nom pin besok.. Tapi tak taw la nak beli ke tak, aku nak tunggu mamat ni call orang sane.. Kot x payah kena beli ke.. Okeyy jugak kan..

Pagi tadi jugak, dapat berita yang mak sedare aku tak sehat.. Koma kot, ntah la.. Banyak masalah.. Heii, asyik sedeyy jer arini.. Black Mondayy.. :(

Friday 5 August 2011

Golden Churn

Ahh.. Lama nyer tak ngedate blog nie.. Rindu rase nye.. Bukan tak nak hapdate, tapi takde entri menarik untuk dimuatkan.. Lagipon, aku bukan blogger tegar.. Setakat nak isi masa lapang jer.. Hihi..

Korg penah guna..??

Baru-baru ni kite digempar dengan berita yang tak best didengar.. Pasal mentega jenama Golden Churn.. Aiyoyooo~~ Haram la weh.. Dah la kebanyakan pembuat kek lapis menggunakan mentega tu.. Mungkin sedap kot.. Tapi kenapa aku rasa macam penah guna masa kt sekolah dulu ha??? Alamakk.. Masa Form 3 dulu, ade belajar buat kek lapis.. Harap-harap, mentega lain la.. =.="

Dengar berita, semua peralatan membuat kek lapis kena samak.. Yang tak boleh bla nye, mak aku turut join aktiviti menyamak ni.. Abes disamak nyer pinggan mangkuk kat dapur tu.. hahah.. Langkah pencegahan..

Mesti lepas ni kek lapis kureng laku kan.. Kalau orang yang dipercayai yang jual tu takpe.. Takot yang jual kat supermarket ke.. Tu yang takot tu.. Mak sedare aku orang Sarawak.. Kalau nak makan, pegi rumah die ok la kot sebab adik dia yang buat.. Hahah.. InsyaAllah selamat..

Macam-macam dunia sekarang ni kan.. Itu haram.. Ini haram.. Risau nyer~~

Sluurrpp.. Terliur teman nengok pose2 cmnie~

Dah terliur, ape kate kite belajar wat kek lapis sendiri nak?? Kalo beli kat luar, dah ragu-ragu.. Jom belajar wat
Kek Lapis Prune~

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5. Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6. Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama.

Credit to : My Resepi





Monday 1 August 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~ :D


Alhamdulillah.. 
Ramadhan yang dirindui datang menjenguk kita lagi.. 
Dapat jugak aku berpuasa Ramadhan kali nie.. 
Harap-harap dapat puase penuh (jangan mimpi la!) huhu..
Rase nyer belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Berpuasa kat u ols.. Hehe..

Hari ni fes day berpuasa..
Aiyoo~
Manyak letih woo..
Ape yang letih aku pon tak taw..
Hahaha.. Hari ni rasa panas semacam..
Tapi aku tak berpeluh..
Pelik~
Biar lah..
Aku tolong mak aku masak pon dah terhuyung hayang kat dapor tu..
Maybe sebab takde tenage kot.. Cewahhh~
haha.. Macam tak penah puase punye ayat..
Maybe sebab hari ni panas gile kot..

Tadi sahur makan ayam goreng tomyam, telur dadar sayur n nuget ramly.. 
Fuhh, sedap nyer makan.. Haha..
Biase nyer kalo sahur mak aku akan masak ayam or nuget..
Sebab nyer kalo pagi, kitorang salu takde selera makan..
Ni makanan pembuke selera la gitu..
Bagi aku dah cukup sedap ni..

Berbuke pulak ala kadar jer.. Nak makan berempat jer pon..
Makan ayam masak lemak, sate, kentang goreng, buah melaka & air bandung..
Buah melaka buat sendiri ok..
Sedap wokk..
Boleh jual kat bazaar..
Hahah..

Puasa taon ni best..
Taon lepas sedey giler aku..
Dah la pengumuman puasa tak dapat tengok..
Biase lah..
Duduk kat matrik..
Nak tengok tv pon kena pegi kafe or turun bilik tb..
Malas aku.. Haha..
Lepas tu, ade la abg aku bg link kt pesbuk atok tu wat pengumuman puasa..
Hoho, terharu aku..

Tapi diz year orang lain kan..?
Rindu kat atok tu.. Haha..
Dari kecik aku tengok die wehh..
Dia la yang menaikkan semangat puasa n raya aku..
Pendek kate, pengumuman puasa n raya akan lengkap jika ada die..
Hehe..
Tak pe lah, yang penting apa yang die nak sampai tu kan..?
Betol betol betol..

Opss, tadi aku isi biasiswa JPA.. ^____^
Sape nak semak or isi, boleh KLIK SINI..